My Add

Sunday 29 April 2012

MSAM di Sabah catat rekod dengan 268,787 pengunjung

KOTA KINABALU, SABTU, 28 April, 2012: Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 yang berlangsung di Sabah merekodkan pencapaian terbaik dalam sejarahnya apabila mencatatkan sejumlah 268,787 pengunjung sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pencapaian itu mengatasi rekod penganjuran MSAM di Kuala Terengganu seramai 255,000 pengunjung.

``Jumlah yang direkodkan di Sabah itu mengatasi sasaran awal PNB iaitu 200,000 pengunjung. Dengan rekod itu, MSAM yang dilancarkan pada 2000 berjaya mengumpul sejumlah 2.355 juta pengunjung,'' katanya ketika berucap pada majlis penutup MSAM 2012 di sini hari ini.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment