My Add

Sunday, 29 April 2012

Jualan peniaga di ibu negara jatuh mendadak

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 April, 2012: Cuti hujung minggu sememangnya dinantikan oleh para peniaga di pusat beli-belah Suria KLCC kerana ramai warga kota meluangkan masa untuk berbelanja di premis perniagaan mereka.

Namun, kegiatan perniagaan di pusat beli-belah terkemuka itu dan kawasan sekitarnya hari ini terjejas teruk ekoran penganjuran perhimpunan haram Bersih 3.0 di pekarangan Menara Berkembar Petronas.

Juruwang di sebuah restoran, Herniwati Agus, 27, berkata, bilangan pelanggan hari ini jatuh mendadak berbanding sebelumnya.

Menurutnya, tidak sampai separuh lauk-pauk terjual sehingga pukul 2 petang.

"Memang tidak ramai pelanggan datang menjamu selera di restoran ini hari ini. Kebiasaannya banyak lauk dapat dijual sebelum pukul 1 petang.

"Keadaan ini menyebabkan majikan saya risau apabila memikirkan tentang kerugian yang terpaksa ditanggung," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment