My Add

Saturday 28 April 2012

Perhimpunan Bersih mahu bangkitkan kemarahan rakyat - PM

KUCHING, SABTU, 28 April, 2012: 28 April - Kedegilan penyokong perhimpunan Bersih 3.0 untuk terus berdemonstrasi di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, hanya menunjukkan niat sebenar mereka yang mahu memburukkan imej negara dan kerajaan di mata dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana mereka mahu berkonfrantasi dengan polis dan rakaman itu akan dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak ganas sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat.

“Kita tahu apa yang mereka fikirkan dan sebab itulah apabila kita tawarkan Stadium Merdeka, mereka enggan menerimanya sedangkan pada perhimpunan terdahulu mereka mahukan stadium itu.

Mereka tahu kepentingan Dataran Merdeka dan sedar kita akan mempertahankannya dan mereka mahu berkonfrantasi dengan polis supaya rakyat marah kepada kerajaan.

“Itulah niat mereka kerana akhirnya ia berkaitan dengan politik dan mengambil alih Putrajaya, bukannya berkaitan pilihan raya yang adil dan bebas," katanya sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini. 

Anggota polis wanita jatuh motosikal ditendang penunjuk perasaan

Seorang anggota polis trafik wanita terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh seorang penunjuk perasaan ketika beliau melakukan pusingan U di hadapan Pudu Sentral di sini hari ini.

Mangsa yang bertugas mengawasi perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan terbabit, kemudiannya dikerumuni penunjuk perasaan termasuk segelintir yang cuba bertindak agresif terhadap beliau.

Bagaimanapun tindakan sekumpulan penunjuk perasaan lain yang menahan mereka yang cuba bertindak agresif terhadap anggota polis berkenaan, telah memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan semula motosikal dan beredar dari tempat kejadian.

Keadaan itu berlaku selepas penunjuk perasaan dikatakan berang dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan yang menjadi tidak terkawal.

Malah, penunjuk perasaan juga dilihat bersorak dan membaling objek ke arah kenderaan polis yang melintas di hadapan mereka. 

Penyokong Bersih 3.0 gagal kawal diri

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata terhadap kumpulan penyokong Bersih 3.0 yang enggan mengikut arahan supaya bersurai di Dataran Merdeka petang ini.

Sebelum itu, kumpulan penyokong perhimpunan itu bertindak ganas dengan memecahkan kawat besi yang dipasang di luar Dataran Merdeka pada pukul 2.20 petang ini. 

Penyokong Sembahyang Berasingan

Walaupun hanya 50 meter dari kawasan dalam Masjid Negara, para peserta himpunan Bersih memilih untuk mengerjakan solat Zuhur secara berasingan di luar masjid itu.

Malah ada antara mereka yang sanggup mengambil air wuduk di air pancur di luar Masjid Negara dan memilih tidak bersolat bersama jemaah di dalam masjid.

Antara pemimpin pembangkang yang bersama solat di luar Masjid Negara ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. 

Penyokong pembangkang bertumpu di Dataran Merdeka

Para penyokong parti pembangkang mula berkumpul di Dataran Merdeka termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali walaupun mereka dilarang berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Kira-kira 4,000 orang kini berhimpun di kawasan itu selepas mereka berarak dalam kumpulan-kumpulan kecil dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalam Sultan Ismail, Jalan Brickfields dan dari Jalan Pudu. 

Kanak-kanak antara yang berhimpun di KLCC

Peserta Bersih 3.0 bukan sahaja tidak mengendahkan saranan pihak berkuasa agar perhimpunan itu diadakan di kawasan lebih sesuai seperti di stadium malah mereka juga membawa kanak-kanak kecil untuk menyertai mereka.

Di Menara Berkembar Petronas, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kanak-kanak Melayu merupakan antara 400 peserta yang turut dibawa berhimpun dan mengedarkan poster anti-Lynas kira-kira pukul 10 pagi.

Kumpulan penyokong perhimpunan haram itu mulai berkumpul di kompleks beli-belah itu kira-kira pukul 9 pagi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment