My Add

Sunday 29 April 2012

Peserta BERSIH dibayar untuk hadir perhimpunan

*PENYOKONG BERSIH 3.0 merempuh halangan yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, semalam.

KUALA LUMPUR, SABU, 28 April, 2012: Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan haram yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

KDN digesa bertindak tegas
*NAMPAK jela peserta perhimpunan Bersih 3.0 telah bertindak liar dengan membaling objek dan menendang sebuah kenderaan polis di hadapan pusat beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa bertindak tegas terhadap peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 demi memberi keadilan kepada 99.9 peratus rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang negara 

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kacharberkata, ketiadaan tindakan juga mungkin menyebabkan kumpulan terbabit akan terus mengadakan provokasi dari semasa ke semasa sehingga boleh mengancam keselamatan rakyat. 

''Kita dah muak dan jelak dengan lakonan pihak pembangkang ini. Tindakan kurang ajar mereka itu telah menjatuhkan martabat dan imej negara. Kerajaan tidak perlu berlembut dengan mereka lagi, masukkan sahaja mereka ke dalam lokap.
*SELEPAS kereta peronda polis melanggar pembahagi jalan, peserta Bersih 3.0 bertindak ganas dengan merosak dan menterbalikkan sebuah kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 berdekatan kompleks Sogo, Kuala Lumpur, semalam. 



No comments:

Post a Comment