My Add

Sunday 29 April 2012

Wanita maut, bayi dan suami cedera dalam kemalangan

KAMPAR, AHAD, 29 April, 2012: Seorang wanita terbunuh manakala anaknya yang berusia tiga bulan dan suaminya cedera apabila kereta yang mereka naiki mereka terbabit dalam kemalangan di KM 306.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Keng Siew Mei, 35, dari Petaling Jaya. Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Abdul Aziz berkata, anak perempuannya, Tang Lee Yen yang mengalami cedera 
parah di kepala dan suaminya yang berusia 30 tahun turut dirawat di hospital yang sama. 

Beliau berkata, ia berlaku pada jam 11.30 pagi apabila kereta jenis Toyota Camry yang dipandu suami mangsa dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh penghadang di tepi jalan. 

"Kereta tersebut remuk di bahagian hadapan dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya. 

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment