KUALA LUMPUR, SABTU, 28 April, 2012: Perhimpunan haram yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini layak dinamakan sebagai `Kotor 3.0’ kerana penganjur dan peserta perhimpunan itu tidak menghormati undang-undang serta kedaulatan negara.
Malah, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia tidak memiliki ciri-ciri positif dan murni.
Menurutnya, terdapat kaedah lain yang lebih baik diambil pihak berkenaan seperti melalui pemuafakatan berbanding melakukan kekecohan di jalanan sehingga menyusahkan masyarakat.
``Penganjur dan peserta perhimpunan ini tidak mengendahkan usaha pemuafakatan yang amat ditekankan dalam masyarakat negara ini maka mereka ini layak dipanggil Kotor 3.0,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di sini hari ini.
Kotor 3.0 katanya, lebih sesuai mewakili kumpulan terbabit yang bersikap hipokrit terutama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang menyokong penganjuran perhimpunan tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment