IPOH, SABTU, 28 April, 2012: Kementerian Kewangan akan memanggil 300 responden mulai bulan Mei ini untuk konsultansi bagi menyediakan Bajet 2013, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, individu yang terlibat adalah wakil-wakil pihak swasta, badan
bukan kerajaan (NGO) dan pegawai-pegawai kerajaan bagi mengumpulkan pelbagai maklumat bagi penyediaan belanjawan negara tahun hadapan.
``Fokus kepada belanjawan kita adalah untuk mempertingkatkan ekonomi negara kerana di dalam keadaaan krisis ekonomi global belum pulih sepenuhnya.
"Walaupun dari segi kewangan, negara-negara mendapat sokongan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi memulihkan ekonomi negara terbabit adalah satu yang mencabar," katanya kepada pemberita selepas Hari Anugerah Kecemerlangan 2011, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maah Al-Imam Asy-Syafiee, Kampung Dato' Seri Ahmad Said Tambahan Dua di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, perkara kedua adalah di dalam konteks melibatkan
penyertaan swasta iaitu perlaburan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI).
Menurutnya, perkara ketiga yang menjadi perhatian adalah untuk mengurangkan defisit negara ke tahap yang lebih baik berbanding tahun lalu.
"Defisit fiskal negara bagi tahun 2011 menurun kepada lima peratus melebihi
jangkaan Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 iaitu sebanyak 5.4
peratus...pada tahun ini pula, kita sasarkan kepada 4.5 peratus," katanya.
Di dalam konsultansi nanti, semua wakil akan berbincang dan memberi input
bagaimana pengurangan perbelanjaan boleh dibuat, katanya.
``Kita akan membincangkan apakah 'touch-point' yang boleh dilaksanakan di
dalam bajet tersebut," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment