My Add

Sunday 29 April 2012

Wanita ditemui mati dekat Pasar Borong Nilai 3

SEREMBAN, AHAD, 29 April, 2012: - Pengunjung Pasar Borong Nilai 3 dekat sini, gempar apabila menemui mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh di dalam longkang berhampiran sebuah tandas awam di sini petang semalam.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui seorang wanita yang baharu sahaja turun daripada bas untuk membeli belah di situ kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh memberitahu, hasil pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita yang berpakaian lengkap itu.

“Wanita berkenaan yang dipercayai dibunuh 24 jam lalu sebelum ditemui mengalami kecederaan di bahagian kepalanya akibat dipukul dengan objek tumpul selain kesan jerut pada bahagian lehernya.

“Setakat ini kita masih belum mengetahui identiti mangsa. Setakat ini, kita menunggu laporan bedah siasat mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Osman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, orang ramai yang ada kehilangan saudara-mara atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment