My Add

Sunday 29 April 2012

Polis bertindak profesional

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 April, 2012: Polis telah menjalankan tugas secara profesional menangani perhimpunan Bersih 3.0 yang bertukar menjadi luar kawalan di sekitar Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan oleh 20,000 peserta perhimpunan itu.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini. Penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan. Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kejayaan polis menghalang percubaan peserta perhimpunan haram untuk menceroboh Dataran Merdeka hari ini dengan merempuh penghadang dan kawat berduri yang dipasang selepas Mahkamah Majistret mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai semalam hingga 1 Mei.

Hishammuddin berkata, disebabkan tindakan peserta perhimpunan itu, mereka perlu bayar balik setimpal dengan apa yang mereka lakukan iaitu menggadaikan keselamatan majoriti orang awam demi menyuarakan hak asasi mereka.

Hishammuddin kesal dengan pihak penganjur dan peserta yang sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment