My Add

Saturday 28 April 2012

PM ambil berat kes penculikan Nayati, warga Belanda

KUCHING, SABTU, 28 April, 2012: Nasib kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik di ibu negara pagi semalam mendapat perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun beliau sibuk dengan lawatan kerjanya ke negeri itu sejak Khamis lalu.

Perdana Menteri berkata, tengah malam tadi beliau membuat dua komen di Twitter peribadinya, @najibrazak berhubung kejadian itu.

Semakan di akaun Twitter Perdana Menteri mendapati komen berkenaan dibuat beliau kira-kira 12 tengah malam selepas menghadiri majlis makan malam bersama kepimpinan Barisan Nasional (BN) negeri di Kediaman Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya.

Komen pertama beliau berbunyi: “Terlalu banyak yang diperkatakan mengenai Nayati sepanjang hari ini. Ayuhlah kita semua berdoa dan melalui media sosial (kita) meluaskan pencarian Nayati,".

Komen kedua tidak lama selepas itu pula berbunyi: “Saya merayu sebagai seorang bapa supaya Nayati tidak diapa-apakan dengan apa jua cara. (Telah) bercakap secara terus kepada IGP (Ketua Polis Negara) untuk menyiasat kes ini,".

Menurut Perdana Menteri, komen yang dibuat beliau itu kemudian disebarkan secara meluas oleh pengikut akaunnya dan pengguna Twitter yang lain malah, ia menjadi lebih popular berbanding komen-komen berkaitan perhimpunan Bersih 3.0.

“Saya harap polis serta masyarakat akan sama-sama membantu usaha mencari kanak-kanak terbabit.

“Malah saya terfikir untuk memberitahu peserta perhimpunan Bersih 3.0 supaya turut membantu mencari kanak-kanak itu kerana ia lebih berfaedah berbanding mengadakan demonstrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment