My Add

Saturday 28 April 2012

Najib ikrar terus tunai janji kepada Sarawak

PETRA JAYA, SABTU, 28 April, 201: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan terus menunaikan janji kepada Sarawak yang dibuat 49 tahun lalu apabila negeri itu dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, dasar Kerajaan Persekutuan yang memastikan pembangunan berterusan untuk semua rakyat Malaysia juga sudah dinikmati rakyat Sarawak sekarang.

"Kita janjikan Sarawak akan lebih maju, rakyat akan lebih sejahtera, pembangunan akan lebih pantas jika Sarawak merdeka dalam Malaysia

"Hari ini tidak ada sesiapa yang berfikiran rasional dan waras boleh menafikan bahawa Sarawak benar-benar berubah kerana begitu mendadak kerana Sarawak merdeka dalam Persekutuan Malaysia ini," katanya berucap melancarkan Jelajah Janji Ditepati di pekarangan Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri , Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Pada majlis itu, Najib turut mengedar buku Janji Ditepati dan menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) serta menikmati makan tengah hari bersama rakyat. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment