KLUANG, AHAD, 29 April, 2012: Negara dijangka mencapai nisbah seorang doktor bagi 600 penduduk seperti yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) pada 2015, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan pengeluaran 3,500 doktor setahun
sekarang, yang mana pada ketika ini nisbah doktor berbanding penduduk ialah seorang bagi setiap 800.
"Kita menjangkakan dengan 3,500 doktor yang dihasilkan negara setiap tahun,
Malaysia akan mencapai kadar nisbah seorang doktor untuk 600 penduduk pada 2015, manakala menjelang 2020 pula kadar nisbah adalah seorang doktor untuk 400 penduduk, melebihi apa yang dikehendaki oleh WHO," katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke Hospital Kluang bernilai RM379 juta yang beroperasi sepenuhnya sejak 30 Disember lalu.
Kata Liow, walaupun negara menghasilkan 3,500 doktor setahun, masih banyak hospital di negara ini seperti di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
menghadapi kekurangan doktor serta kakitangan sokongan yang lain.
Keperluan doktor dan kakitangan sokongan di hospital lain sama ada di bandar atau luar bandar adalah berlainan, katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kementerian sudah memutuskan untuk menambah 25 lagi doktor di Hospital Kluang yang pada masa ini mempunyai 45 doktor.
Kementeriannya juga akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
untuk menambah bilangan kakitangan sokongan di Hospital Kluang, yang pada ketika ini berjumlah 776 orang.
Selain itu katanya, kementerian juga akan menempatkan kemudahan CT-Scan
bernilai RM5 juta di Hospital Kluang serta membuka Jabatan Pesakit Luar untuk
kemudahan pesakit.
Hadir sama anggota Parlimen Kluang, Dr Hou Kok Chung. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment