My Add

Sunday, 29 April 2012

4 terbunuh nahas kereta, lori

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

GERIK, SABTU, 28 April, 2012: Empat termasuk dua kanak-kanak maut manakala tujuh lagi cedera dalam satu nahas ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di sebuah simpang tiga di Kilometer 84.6, Jalan Gerik-Lenggong di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 12.20 tengah hari apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry dinaiki tujuh orang merempuh sebuah motosikal dinaiki dua remaja perempuan sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Baharum berkata, tiga penumpang kereta tersebut mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

"Pemandu dan dua lagi penumpang kereta itu cedera termasuk seorang daripadanya parah. Seorang penunggang motosikal dan kelindan lori cedera parah manakala seorang lagi penunggang motosikal dan pemandu lori hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment