My Add

Sunday 29 April 2012

Veteran UMNO tubuh Kelab Penyokong BN

KULIM, AHAD, 29 April, 2012: Sekumpulan veteran UMNO telah menubuhkan Kelab Penyokong 1Malaysia Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulim/Bandar Baharu bagi membantu merampas kembali kerusi Parlimen kawasan itu bersama dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalamnya pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Ketua UMNO bahagian itu, Mokhtar Omar memberitahu, tujuan kelab itu ditubuhkan adalah untuk mengembleng tenaga ahli UMNO dalam bahagian itu secara keseluruhanya selaras dengan hasrat utama kelab untuk mengembalikan kawasan Parlimen dan dua DUN ke tangan BN.

"Kita berharap akan dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 3,000 ahli membantu tenaga kerja BN untuk mengukuhkan kedudukan pengaruh BN. Kawasan ini pernah menjadi kubu kuat BN lebih 50 tahun," katanya kepada Bernama.

Katanya, sehingga kini kelab itu telah mendapat sokongan daripada lebih 200 ahli yang memang berhasrat membantu BN dalam pelbagai aspek termasuk tenaga dan pendapat dalam mengatasi taktik pembangkang.

Kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu kini diwakili Ahli Parlimen Bebas dengan dua DUN-nya iaitu Bandar Baharu diwakili calon Pas dan DUN Kulim diwakili wakil rakyat dari PKR. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment