My Add

Sunday 29 April 2012

Air merah: Fenomena biasa di Kelantan

Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU, SABTU, 28 April, 2012: Kandungan bahan mineral yang tinggi dipercayai menjadi punca air perigi lama di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Rhu, Pasir Puteh telah bertukar warna merah.

Sambil menyifatkan kejadian itu perkara biasa, Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan (Geosains), Abd. Rashid Ahmad berkata, antara faktor mempengaruhi perubahan warna air di dalam perigi tersebut ialah kandungan besi yang tinggi.

Beliau berkata, mengikut Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan, kadar kandungan besi yang selamat dan dibenarkan hanyalah 0.3 miligram/liter namun, perubahan terhadap warna air berlaku menunjukkan kadar kandungan besi yang tinggi.

"Di Kelantan ia merupakan fenomena biasa dan pandangan awal saya ia mungkin disebabkan kandungan besi di dalam air tersebut yang tinggi dan melebihi kadar selamat dan dibenarkan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment