NENEK mangsa, Tom Yaakob menunjukkan jentera pembajak sawah yang mengorbankan Mohd. Hishammudin Yusoff di Simpang Empat Kangkung, Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR, SABTU, 2012 28 April - Niat seorang anak mahu membantu bapanya mengeluarkan jentera pembajak yang disimpan di ruang bawah rumah berakhir dengan tragedi apabila dia maut akibat tersepit selama hampir 15 minit dalam kejadian di Simpang Empat Kangkung di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, jentera pembajak berkenaan yang ingin dikeluarkan oleh mangsa, Mohd. Hishammudin Yusoff, 22, dikatakan terangkat secara tiba-tiba.
Ia menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk terangkat lalu tersepit antara ruang lantai kayu tingkat atas rumah neneknya itu dengan salah satu bahagian jentera tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment