KUCHING, SABTU, 28 April, 2012: Kerajaan akan meneliti permintaan rakyat yang mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan pada masa akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan.
“Ada yang kata pada saya, boleh dapat lagi atau tidak Datuk? Permintaan itu agak popular, sama ada dapat BR1M 1 dan BR1M 2.
“Agak menarik juga, pembangkang buat Bersih 1, 2 dan 3, kita boleh buat BR1M 1, 2 dan 3...lebih banyak faedah kepada rakyat kalau kita mampu, biar saya semak, congak-congak dahulu," katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di pekarangan Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment