My Add

Saturday 28 April 2012

BERSIH 3.0 kotor. penganjur tak hormat undang-undang

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 April, 2012: Perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu kota hari ini boleh dikatakan sebagai Kotor 3.0 kerana penganjur dan peserta perhimpunan itu jelas tidak menghormati undang-undang negara. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ini berlaku lantaran ketiadaan penghormatan kepada nilai-nilai positif dan murni selain tidak mengendahkan mengenai pemuafakatan.

"Kalau kita lihat mereka tidak memberi penghormatan kepada undang-undang yang mereka sendiri sokong di Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tidak menghormati keputusan mahkamah. 

"Apa yang kita nak sangkutkan (berharap) kepada pemimpin-pemimpin seperti ini yang membawa negara kepada politik jalanan, membawa susah-payah kepada orang ramai, kepada percanggahan nilai amalan dan tidak menghormati prinsip-prinsip keagamaan?" katanya kepada pemberita di sini. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus di Kuala Lumpur (Badan). - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment