*SUWAIBAH Mohd. Nasir ketika berlari di kawasan Assyut di sempadan Mesir, semalam. - AKMAL ZHAFRAN AHMAD AZAN (Jurugambar Misi Larian Sahara 2012)
KUALA LUMPUR, SABTU, April, 2012: Keharmonian, keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat negara ini menjadi inspirasi kepada penduduk Mesir untuk membangunkan negara mereka menjadi seperti Malaysia hari ini.
Impian dan harapan rakyat Mesir itu disampaikan kepada pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir ketika beramah mesra dengan warga negara itu sewaktu majlis meraikan ketibaannya di beberapa wilayah di negara itu dalam misi lariannya.
Kata Suwaibah, ada juga antara penduduk yang ditemui di Mesir menyatakan rasa cemburu mereka kerana kelebihan yang terdapat di Malaysia berbanding negara mereka itu.
"Sewaktu berlari di El-Minya, saya mendapati di sepanjang laluan di tepi Sungai Nil, saya melihat rata-rata mereka masih menggunakan sungai untuk membasuh baju dan sebagai kegunaan harian," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment