My Add

Sunday 29 July 2012

Kerajaan Selangor perlu pastikan peniaga kecil tidak terjejas

KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Julai, 2012: Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini meminta kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa krisis air yang melanda ketika ini tidak menjejaskan lebih 300,000 peniaga di negeri itu.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata kerajaan Selangor perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung isu air yang semakin berlarutan untuk mengelak peniaga kecil daripada mengalami kerugian besar. 

"Sebagai contoh, akhbar BH hari ini melaporkan bahawa penduduk di sekitar Balakong dan Seri Kembangan berdepan masalah air hingga memaksa kerajaan negeri menghantar bekalan lori tangki," katanya pada sidang media ketika menyerahkan borang kaji selidik berhubung isu air terhadap peniaga di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail di sini. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment