My Add

Monday, 30 July 2012

Peletakan jawatan 'asam garam' dalam politik

*MOHD. Shafie Apdal menyampaikan sumbangan untuk keluarga miskin, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim Bahagian Seputeh pada Persidangan Perwakilan UMNO bahagian itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Julai, 2012: Keputusan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai 'asam garam' atau perkara biasa dalam politik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkembangan yang berlaku itu bukan perkara baru kerana UMNO sebelum ini pernah menyaksikan ahli-ahlinya yang berjawatan tinggi termasuk Timbalan Presiden keluar parti.

Menurut beliau, apa yang penting semua pemimpin dan ahli UMNO sentiasa bekerja keras bagi memantapkan parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment