My Add

Sunday 29 July 2012

Juruterbang pesawat terhempas rakyat Singapura

JOHOR BAHRU, AHAD, 29 Julai, 2012: Juruterbang pesawat ringan yang terhempas di ladang kelapa sawit di Parit Puasa- Parit Ali, Kampung Dalam, Ayer Baloi di Pontian hari ini adalah rakyat Singapura.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Tan Moh Chuan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 2.10 petang daripada orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Mayat mangsa telah dikeluarkan daripada pesawat tersebut oleh pihak Bomba dan Penyelamat Pontian kira-kira dua jam kemudian dan sehingga kini kami masih menunggu laporan siasatan daripada Jabatan Penerbangan Awam mengenai punca nahas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pesawat tersebut dimiliki oleh Kelab Penerbangan FRAS yang berpangkalan di Senai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment