My Add

Monday 30 July 2012

Topeng Pas-DAP tak bertahan lama

LABIS, AHAD, 29 Julai, 2012: Kerjasama Pas dan DAP ketika ini disifatkan hanya bersifat sementara demi mencapai matlamat politik mereka iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun perjuangan sebenar kedua-dua parti itu adalah jauh berbeza.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, kerjasama yang wujud antara kedua-duanya adalah ibarat topeng untuk menarik perhatian pengundi yang tidak bertahan lama kerana hakikatnya mereka bercakaran sesama sendiri dalam banyak hal.

"Seperti yang semua tahu Pengerusi DAP, Karpal Singh secara terang-terangan menentang perjuangan negara Islam Pas dan memaksa parti itu mengatakan apa yang diperjuangkan adalah negara berkebajikan.

"Begitu juga agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum, setakat ini tidak nampak sebarang kesepakatan antara mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan berjumlah RM118,000 untuk 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan MCA Labis, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment