My Add

Monday 30 July 2012

BN Sabah tetap utuh - Musa

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
KOTA KINABALU, AHAD, 29 Julai, 2012: Pengunduran dua tokoh politik Sabah daripada Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak menggugat kedudukan parti dan UMNO di negeri itu.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata, keputusan kedua-dua pemimpin berkenaan sama sekali tidak akan memberi kesan kepada persiapan BN negeri itu menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah tidak mewujudkan sebarang krisis dalaman parti.

"Ia sekadar keputusan peribadi masing-masing dan mereka bebas melakukannya serta langsung tidak melibatkan keputusan kolektif parti Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

"Malah, ia juga mungkin berdasarkan agenda tersendiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Musa mengulas keputusan Timbalan Presiden UPKO yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang keluar daripada parti itu dan BN hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment