My Add

Monday 30 July 2012

Lajim tak perlu tunggu PM tentu jawatan

Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang
CYBERJAYA, AHAD, 29 Julai, 2012: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin tidak perlu menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatan beliau dalam kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebaliknya beliau perlu berani melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri yang disandang itu dan tidak perlu menunggu keputusan Perdana Menteri.

"Apabila sudah letak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, maka sudah pasti beliau tidak yakin dengan parti.

"Saya rasa kalau betul berani, sudah jelas dan terang lagi bersuluh mengenai pendapat dan pendirian beliau, maka beliau harus lepaskan jawatan dalam kerajaan dan keluar daripada parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada sesi dialog Persidangan Pelajar India 1Malaysia di Universiti LimKokWing di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, Lajim melepaskan semua jawatan politiknya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort dan juga Ketua UMNO Bahagian Beaufort.

Bagaimanapun Lajim berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO atau melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Khairy juga menegaskan, keputusan Lajim tidak akan memberi kesan kepada pengaruh BN di Sabah.

"Saya percaya ia tidak akan beri kesan, kerana saya sudah pergi ke Sabah dan berbincang dengan rakan-rakan Pemuda, UMNO dan BN bahawa kita akan tetap kuat.

"Kita tidak akan tenggelam kerana seorang pemimpin seperti yang berlaku pada 1998 di mana pada ketika itu Timbalan Presiden UMNO disingkirkan daripada parti, tapi kita masih boleh menang, apatah lagi bila melibatkan seorang Timbalan Menteri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment