My Add

Monday 30 July 2012

UMNO terlalu banyak jasa kepada Melayu - Arshad

KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Julai, 2012: Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Arshad Ayub yang menjadi watak penting dalam melahirkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan tanpa sokongan UMNO universiti itu tidak mungkin dapat berdiri seperti ketika ini.

Beliau yang diberi penghormatan tertinggi oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila dikalungkan dengan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa serta diangkat sebagai Bapa Modal Insan Pribumi Negara berkata, UMNO juga terlalu banyak berjasa kepada orang Melayu.

Sehubungan itu, beliau yang menjadi tulang belakang serta nadi kepada kemajuan bangsa Melayu melalui penubuhan UiTM melahirkan rasa kesal serta sedih apabila melihat orang Melayu kini berpecah-belah akibat perbezaan ideologi politik sehingga menyebabkan kaum majoriti itu lemah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment