My Add

Sunday 29 July 2012

Wilfred Bumburing umum keluar BN, sokong Pakatan Rakyat

KOTA KINABALU, AHAD, 29 Julai, 2012: Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) dan melancarkan Pergerakan Reformasi Sabah yang akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Tuaran itu mengumumkan perkara berkenaan ketika perhimpunan di daerah Tuaran yang dihadiri antara lain Naib Presiden UPKO, Senator Datuk Maijol Mahap sebentar tadi. 

Hadir sama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Lajim Ukin yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort. 

Hari ini akhbar melaporkan Lajim mengumumkan keluar daripada UMNO dan menubuhkan pertubuhan baru iaitu Pakatan Perubahan Sabah yang menyokong pembangkang. = BH ONLINE

No comments:

Post a Comment