My Add

Sunday 2 December 2012

3 maut, dua parah nahas dekat Sepang

SEPANG, AHAD, 02 Disember, 201:: Tiga maut dan dua lagi mengalami kecederaan parah selepas dua kereta dinaiki bertembung di laluan pintasan Putrajaya-Banting berhampiran Sungai Pelek, Sepang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua orang mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Klinik Sungai Pelek.

Mereka yang terkorban berusia di antara 19 dan 23 tahun.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Fikri Sallahuddin, 21 dari Sungai Abong, Muar; Mohd Hilman Syafiq, 19, dari Lanchar, Pahang; Mohd Izuanddin Mohd Ashaari, 21, dari Tanjung Agas, Muar.

Sementara itu, dua yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan kritikal. Seorang daripadanya ialah Faizullah Abd Malek 21.

Tiga mangsa yang meninggal dan Faizullah adalah pelajar jurusan Diploma Mesin Bangunan dan Teknologi Penyelenggaraan UNIKL-Malaysia French Institute, Bandar Baru Bangi.

Mereka baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester tiga dan dalam perjalanan dari meraikan hari lahir rakan di Port Dickson. - BH

Nenek, cucu maut dirempuh kereta ketika jalan kaki beli roti canai

PENDANG: Seorang nenek dan cucunya berusia lima tahun yang hendak membeli roti canai di sebuah gerai, di Kampung Kobah, di sini,maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki, hari ini.

Dalam kejadian PADA kira-kira 8 pagi tadi, mangsa Munah Ismail, 54 dan cucunya,Syahrul Fitri Shahrul Anuar, 5, dipercayai mati di tempat Kejadian manakala seorang lagi cucunya dirawat di wad kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah.  -BH

Penunggang maut selepas bergesel dengan kren
2
KUANTAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan lori kren di Jalan Industri Gebeng dekat kawasan Perindustrian Gebeng, petang semalam.

Mangsa seorang pekerja swasta, Hazfizul Daisin, 27, berasal dari Kampung Meruntum, Putatan Penampang, Sabah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian jam 5.40 petang itu mangsa dari arah Kuantan menuju ke Gebeng.

"Tiba di tempat kejadian dipercayai lori kren dari arah sama membelok ke kanan di garisan berkembar lalu bergesel dengan mangsa yang sedang memotong kren itu.

"Akibat itu, mangsa terjatuh dan tercampak ke atas jalan sehingga parah di kepala serta badan. Mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment