My Add

Monday 3 December 2012

30 motosikal hangus, 10 rosak teruk dalam kebakaran di Flat Paya Terubong

GEORGETOWN, AHAD, 02 Disember, 2012: Tiga puluh motosikal hangus manakala 10 lagi rosak teruk dalam satu kebakaran di Flat Sun Moon City, Paya Terubong di sini, malam tadi.

Pelbagai jenis motosikal terbabit dalam kebakaran itu yang berlaku di tempat letak motosikal blok 8 flat berkenaan kira-kira jam 10.10 malam tadi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Paya Terubong berkata, sebuah jentera bomba bersama lapan anggota termasuk anggota bomba sukarela bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.20 malam.

Katanya, api yang sedang marak itu dapat dikawal dalam tempoh 15 minit.

Punca dan kerugian akibat kejadian itu masih disiasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment