PETALING JAYA, SELASA, 25 Disember, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden GERAKAN, Tun Dr Lim Keng Yaik, sebentar tadi.
Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan anak mendiang, Datuk Lim Si Pin.
*NAJIB ketika beri penghormatan terakhir kepada mendiang Tun Lim Keng Yaik di Petaling Jaya, hari ini. Turut kelihatan Datin Seri Rosmah Mansor.
Terdahulu pada jam 10.30 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir memberi penghormatan terakhir.
Sementara itu, Najib berkata, mendiang adalah seorang tokoh politik yang amat dihormati dan mempunyai gaya kepemimpinan tersendiri.

Perdana Menteri berkata, Keng Yaik juga banyak memberi sumbangan kepada Barisan Nasional (BN).
Keng Yaik yang juga bekas Menteri Kabinet meninggal dunia Sabtu lalu di kediamannya di Tropicana Country Resort di sini, pada jam 4.45 petang kerana sakit tua. - BH
No comments:
Post a Comment