My Add

Tuesday 25 December 2012

Banjir di Terengganu makin buruk, 5,297 dipindahkan

 
KUALA TERENGGANU, SELASA, 25 Disember, 2012: Bilangan mangsa banjir di seluruh negeri ini semakin meningkat apabila seramai 5,297 orang daripada 1,338keluarga kini ditempatkan di 93 pusat pemindahan sehingga jam 5 petang, ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, daerah Besut mencacatkan mangsa paling ramai ditempatkan di 16 pusat pemindahan membabitkan 1096 mangsa daripada 243 keluarga.

Katanya, di Setiu seramai 717 mangsa daripada 193 keluarga berada di 18 pusat pemindahan diikuti Dungun yang kini semakin meningkat seramai 744 mangsa daripada 186 keluarga berada di 13 pusat pemindahan di daerah itu.

“Mangsa di Kemaman pula seramai 611 mangsa daripada 189 keluarga dan 13 pusat kini sudah dibuka,” katanya. Selain itu, di Marang seramai 269 mangsa daripada 67 keluarga berada di sepuluh pusat pemindahan manakala Hulu Terengganu, 1052 mangsa daripada 249 keluarga di 16 pusat pemindahan diikuti Kuala Terengganu seramai 808 mangsa daripada 211 keluarga di lapan pusat pemindahan. Katanya, pihaknya menjangkakan bilangan mangsa yang akan dipindahkan ke pusat pemindahan akan meningkat terutama di tiga daerah iaitu Dungun, Setiu dan Kemaman.

Jalan yang dinaiki air adalah Jalan Kuala Berang-Sungai Tong sedalam 1.2 meter, Jalan Bukit Diman/Pengkalan Ajal-Felda Tersat (1.3 meter), Jalan Utama Mengkawang-Tersat (1.4 meter), Jalan Matang-Nibong-Kuala Telemong (1.0 meter), Jalan Permaisuri-Hulu Seladang (0.8 meter), Jalan sungai Tong-Pelong (0.7 meter).

Jalan Kampung Kejir-Kampung Bukit Perah (1.0 meter), Jalan Guntung Luar-Saujana (0.5 meter), Jalan Kerteh-Pasir Akar-Keruak (1.0 meter), Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (0.1 meter).

Di Kelantan kini 3,027 orang

KOTA BHARU: Portal rasmi banjir negeri melaporkan sehingga jam 5 petang tadi, mangsa banjir yang ditempatkan di 36 pusat pemindahan di negeri ini ialah seramai 3,027 orang.

Jumlah berkenaan ialah dari tujuh jajahan yang membabitkan seramai 835 keluarga, dengan Kota Bharu membuka lima pusat pemindahan, menempatkan 259 orang dari 64 keluarga.

Manakala Kuala Krai, membuka tiga pusat pemindahan bagi menempatkan 355 orang dari 91 keluarga; Machang, tiga pusat pemindahan dengan 47 orang (11 keluarga) dan Pasir Mas, 16 pusat pemindahan, 1,887 orang (553 keluarga).

Selain itu, jajahan Pasir Puteh membuka dua pusat pemindahan bagi menempatkan 245 orang dari 51 keluarga, Tanah Merah, lima pusat pemindahan dengan 217 orang (61 keluarga) dan Tumpat, dua pusat pemindahan dengan 17 orang (empat keluarga).

Paras air Sungai Golok di Jenob Tanah Merah masih melepasi paras bahaya iaitu 24.9 meter dan di Rantau Panjang, 10.47 meter (mengatasi paras bahaya).

Di Pahang kini 1,839 orang

KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila seramai 1,839 orang ditempatkan di 12 pusat pemindahan di Kuantan, Rompin dan Pekan, hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, berkata sehingga jam 1 tengah hari tadi, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,632 orang ditempatkan di 10 pusat pemindahan daerah ini.

"Pekan mencatatkan jumlah mangsa seramai 150 orang diikuti Rompin, 57 orang dengan masing-masing satu pusat pemindahan dibuka di kedua-dua daerah itu," katanya. -BH

No comments:

Post a Comment