My Add

Monday 3 December 2012

Genneva Malaysia rugi besar - Laporan forensik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012: Laporan awal perakaunan forensik oleh pihak berkuasa terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) menunjukkan syarikat itu telah mengalami kerugian besar pada tahun 2012 dan syarikat tersebut mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan bersama di sini berkata, operasi sebenar syarikat tersebut adalah menjual emas pada kadar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Jelas kenyataan itu, syarikat berkenaan juga membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus sebulan kepada pelanggan serta membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas.

Tambah kenyataan bersama itu, dalam keadaan sedemikian, aliran tunai yang membolehkan syarikat itu meneruskan operasinya adalah melalui kebergantungan pada wang pelaburan daripada pelanggan baharu.

“Dokumentasi yang disita menunjukkan bahawa lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram.

“Selain itu, didapati bahawa terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,’’ kata kenyataan bersama tersebut.

Laporan awal forensik tersebut merupakan susulan serbuan pihak berkuasa baru-baru ini terhadap beberapa syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment