My Add

Sunday 2 December 2012

Laluan terowong runtuh, kenderaan terperangkap di Jepun

TOKYO, AHAD, 02 Disember, 01:: Laluan terowong di kilometer 80 barat Tokyo runtuh menyebabkan sejumlah kenderaan terperangkap, lapor akhbar hari ini.

Stesen televisyen NHK dan Jiji Press berkata, kejadian di laluan menuju Tokyo berlaku di Terowong Sasago, Lebuh raya Chuo pada kira-kira jam 8 pagi.

Seorang wartawan NHK berkata, terowong itu mula runtuh apabila dia sedang melaluinya ketika dalam perjalanan ke Tokyo.

"Saya dapat memandu melepasi terowong itu tapi kenderaan lain terperangkap. Asap hitam keluar dan seperti ada kebakaran dalam terowong berkenaan," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment