My Add

Monday 3 December 2012

Mayat pemuda ditemui dalam longkang

KUANTAN, AHAD, O2 Disember, 2012:: Mayat seorang lelaki ditemui di dalam longkang oleh orang ramai di belakang sebuah kedai aksesori kereta di Jalan Wong Ah Jang, dekat sini pagi ini.

Mayat Firiza Mat Yusoff, 26, berasal dari Taman Raya 4, Jalan Wong Ah Jang di sini ditemui orang ramai dalam keadaan kepalanya terlungkup di dalam longkang dan kedua kakinya ke atas kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui dua botol arak berdekatan dengan mayat.

"Siasatan awal polis juga mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala mayat terbabit.

"Bagaimanapun pihak polis masih lagi menjalankan penyiasatan dan menunggu laporan daripada pakar patologi bagi mengetahui punca kematian mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Mohd Jasmani berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, seorang anggota keluarga mangsa ketika ditemui pemberita berkata mangsa tidak mempunyai pekerjaan, tidak tinggal bersama keluarga tetapi dia tinggal bersama datuknya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment