My Add

Saturday 1 December 2012

Muhyiddin garis tujuh rukun hadapi PRU-13

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan tujuh rukun yang perlu dilakukan UMNO bagi kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Perkara itu dinyatakan dalam ucapan penggulungan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tujuh rukun itu ialah:

1. Patuh kepada pimpinan iaitu semua ahli UMNO perlu taat kepada pucuk pimpinan terutama menerima keputusan yang dibuat berhubung tugas yang perlu dilakukan serta soal pemilihan calon dan kawasan yang ditandingi.

2. Mengatur strategi tepat bagi memastikan BN dapat mempertahankan kawasan yang dimenangi dan menebus kembali kawasan yang tewas pada pilihan raya umum lalu.

3. Memahami tanggungjawb masing-masing dan memikul tanggungjawab yang diberikan termasuk yang sekecil-kecilnya dengan lebih bersungguh-sungguh.

4. Mengenali musuh baik dari segi nama mahupun gerakan mereka di semua peringkat.

5. Merapatkan barisan dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli di semua peringkat.

6. Sentiasa bersiap siaga dari segi fizikal, mental dan rohani bagi menghadapi perang maha hebat dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini. Bilik gerakan perlu digerakkan mulai hari ini sehingga pilihan raya umum bermula.

7. Berjuang habis-habisan dengan semangat kental dan berani bagi memastikan panji-panji UMNO dan BN tidak tersungkur ke tanah .- UTUSAN

No comments:

Post a Comment