My Add

Sunday 2 December 2012

Peminat semarak semangat Harimau Malaya untuk menang: Najib

Laman Twitter Najib

.KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Disember, 012:: Datuk Seri Najib Razak berkata peminat pasukan Harimau Malaya sudah menaikkan semangat pasukan itu hingga membantu mereka memenangi perlawanan yang begitu genting menentang Indonesia malam tadi. 

Perdana Menteri yang cukup gembira dengan kemenangan itu mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan dan juga peminat dalam tweetnya.

"Kita ke separuh akhir! Syabas #HarimauMalaya. Penyokong cukup menyemarakkan semangat! Kita 1Malaysia perlu teruskan sokongan," kata beliau.


Dengan kemenangan 2-0 itu dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, pasukan kebangsaan kini layak ke separuh akhir kejohanan Piala Suzuki AFF. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment