My Add

Monday 3 December 2012

Penyedia AES tiada kuasa pasang kamera sesuka hati

LUMUT, AHAD, 02 Disember, 2012: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) menafikan dakwaan kononnya syarikat penyedia perkhidmatan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diberi kebenaran atau kebebasan memasang kamera sistem itu sesuka hati.

Sebaliknya, beliau berkata, syarikat berkenaan hanya menyediakan perkhidmatan serta melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kamera, alat ganti selain memastikan alat tersebut bebas daripada kecurian atau perbuatan vandalisme.

"Ada pihak tertentu mendakwa syarikat penyedia perkhidmatan boleh pasang AES di mana-mana tempat dengan sewenang-wenangnya. Dakwaan ini langsung tidak benar, mereka (syarikat) tidak ada kuasa," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup program Satu Komuniti, Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment