My Add

Sunday 2 December 2012

Sultan Selangor minta pegawai masjid sekat ajaran sesat

SHAH ALAM,AHAD, 02 Disember, 2012: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid menghalang perkara negatif berlaku dalam rumah Allah itu seperti berpolitik dalam masjid, menyebarkan ajaran sesat dan perpecahan di antara jemaah dan kuliah oleh penceramah agama tidak bertauliah.

Baginda mengingatkan masjid bukan tempat untuk menyebarkan agenda politik, sebaliknya sejumlah 393 buah masjid dan 2,045 surau berdaftar di seluruh negeri ini seharusnya dimanfatkan oleh umat Islam untuk menambahkan keimanan dan kesedaran di samping membina kekuatan dan membentuk peribadi mulia.

``Beta tidak berkenan sebarang ideologi politik disebarkan di dalam khutbah, tazkirah atau sebarang pengajaran agama di masjid. Beta bimbang jika perkara ini berlaku, ia boleh membawa kebencian dan akhirnya perpecahan dalam kalangan umat Islam terutama orang Melayu,'' titah baginda ketika merasmikan Seminar Pengurusan Masjid bertema `Tuanku Prihatin Masjid' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment