My Add

Saturday, 15 February 2014

Anwar turut main peranan penting jayakan Op Lalang - Dr. Mahathir

PUTRAJAYA, SABTU, 15 Feb Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Op Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr. Mahathir berkata, sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.

"..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment