Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, RABU, 12 Februari, 2014: Jumlah laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung penghasilan klip video bertajuk ONEderfull Malaysia CNY 2014 baru-baru ini, meningkat kepada 472 laporan di seluruh negara.
Sumber memberitahu, jumlah itu menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan biadab Teresa.
"Sebanyak 194 laporan dibuat di Perak, Selangor (61), Negeri Sembilan (51), Kuala Lumpur (45), Sabah (36) dan Kelantan (16).
"Di Pulau Pinang (13), Melaka (13), Pahang (11), Terengganu (11), Kedah (7), Johor (7), Perlis (5) dan Sarawak (2)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber itu berkata, 194 daripada laporan diterima daripada individu, pertubuhan bukan kerajaan (151), ahli politik (110) dan golongan profesional (17).
Sementara itu, kira-kira 20 ahli Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Serdang hari ini hadir di Balai Polis Bandar Baru Bangi dekat sini, untuk membuat laporan terhadap Teresa.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Serdang, Maimunah Abd. Karim berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak Teresa memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menghina Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.
"Jika dia enggan, kami akan membuat demonstrasi di hadapan pejabatnya sehingga dia berbuat demikian," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Ahmad Yani Ahmad Aziz pula berkata, tindakan Teresa itu menimbulkan suasana tidak tenteram kerana menyindir kerajaan dalam menyelesaikan isu keselamatan negara di Sabah.
"Tindakannya itu menghina wira-wira yang gugur ketika insiden di Lahad Datu dan Semporna," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment