My Add

Monday, 28 April 2014

Zahid kesal pembangkang enggan gazet kawasan perhimpunan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 April, 2014: Kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang didakwa bersikap berat sebelah apabila enggan mengizinkan kawasan di negeri tadbiran mereka digazetkan sebagai kawasan perhimpunan untuk protes sesuatu isu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun mereka dilihat bersungguh-sungguh untuk mengadakan perhimpunan namun apabila dipelawa memberikan kawasan bagi tujuan itu, mereka menolaknya.

"Kita hairan di negeri yang diperintah mereka apabila Kementerian Dalam Negeri meminta kawasan tertentu digazetkan, mereka sendiri menolak...ini bermakna mereka hanya boleh 'berkokok' tetapi di peringkat pelaksanaan dari segi menggazetkan kawasan di sekitar kawasan pentadbiran mereka, mereka tidak izinkan ertinya mereka 'double standard'.

"Sebagai contoh Stadium Shah Alam sepatutnya digazetkan sebagai tempat untuk mereka berhimpun namun tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel jenayah pemerdagangan orang di sini, Isnin.

Beliau berkata, Akta perhimpunan Aman 2012 merangkumi kebenaran menggazetkan kawasan tertentu sebagai lokasi perhimpunan dan kerajaan negeri pakatan pembangkang seharusnya memberikan alasan kukuh mengapa mereka enggan membenarkan kawasan di negeri pentadbiran mereka digazetkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment