My Add

Monday, 28 April 2014

Ramai wanita tidak lakukan mamogram

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 April, 2014: Ramai kaum wanita didapati tidak memanfaatkan kemudahan percuma dan kupon RM50 yang diberikan oleh kerajaan bagi membolehkan mereka melakukan pemeriksaan mamogram dalam mengesan kanser payudara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ramai yang tidak pergi menjalani pemeriksaan mamogram selepas mendapat kupon itu.

``Mereka hanya menyimpannya kerana tidak sanggup mengetahui keadaan kesihatannya," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pusat Sumber Pesakit Yayasan Kesihatan (L) Pink Ribbon di Wisma Life Care di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment