My Add

Tuesday 29 April 2014

Gerakan tolak hudud

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2014: Parti Gerakan hari ini menentang hasrat Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata, Gerakan menghormati Islam tetapi menganggap hukum hudud tidak sesuai dengan negara majmuk seperti Malaysia dan bakal menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat jika dilaksanakan.

Beliau berkata, paling penting pelaksanaan hukum hudud bercanggah dengan asas-asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Di samping itu, Siew Keong melahirkan kebimbangan sekiranya hudud dibenarkan dilaksanakan di Kelantan akan membuka jalan bagi hukum tersebut dilaksanakan di negeri-negeri lain dan akhirnya di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyokong rang undang-undang persendirian tersebut yang akan dibentangkan oleh Pas itu.

Siew Keong berkata, parti tersebut berharap dapat berjumpa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meyakinkan beliau kenapa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

"Kita harap dapat jumpa Abdul Hadi sebelum Parlimen bersidang Jun ini," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment