My Add

Tuesday, 29 April 2014

Libatkan perundangan, masyarakat bukan Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 April, 2014: Jawatankuasa teknikal khas mengenai hudud yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja perlu melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Pas Kelantan sebaliknya perlu melibatkan agensi perundangan, masyarakat sivil dan bukan Islam.

Menurut Pensyarah Kanan Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Maszlee Malik, penglibatan pelbagai pihak terutama golongan yang menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan amat pen­ting agar perbincangan secara terperinci dapat dilaksanakan selain memberi fahaman lebih jelas khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

Namun, katanya, langkah itu tidak akan berjaya sekiranya tiada penguatkuasaan daripada sektor perundangan memandangkan pelaksanaan berhubung isu jenayah syariah dilihat sebagai penghalang utama dalam pelaksanaan hukum Islam tersebut.

"Tidak dinafikan bahawa masalah sosial merupakan aspek yang dilihat sebagai "din­ding penghalang" yang menggagalkan pelaksana­an hukum hudud.

"Amat penting pe­nguatkuasaan undang-undang yang tegas dalam mengatasi masalah ini. Kita melihat gejala sosial seperti faktor ekonomi, kesukaran untuk berkahwin, pusat maksiat serta konsep pendidikan antara punca kegagalan pelaksanaan hukum Islam itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Muhyiddin untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal khas mengenai hudud membabitkan melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Pas Kelantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment