DBKL tak keluar lesen kepada PATI, tapi mereka monopoli niaga di pasar
PENJELASAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bahawa DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen perniagaan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) diakui dan diterima kebenarannya.
Tetapi, adakah DBKL kenalpasti, sebahagian PATI yang berlambak berniaga, contohnya di pasar Chow Kit, pasar Pudu dan Pasar Datuk Keramat, benar-benar makan gaji dengan segelintir peniaga tempatan atau sebaliknya?
Ini tidak termasuk di pasar-pasar kecil yang lain di pinggir bandar raya.
Setahu saya, ditmabah dengan maklumat daripada PATI sendiri, ramai yang berniaga, selain di pasar-pasar tersebut, bukan lagi makan gaji atau menyewa gerai, malah ramai diantara mereka adalah pemilk perniagaan terteentu.
DBKL wajar dan perlu selidik betul-betul perkembangan yang sekian lama brrlaku ini!
Penjaja-penjaja tempatan berlessen yang memiliki gerai (tempat) pula, maaf caakap, lebih selesa bernianga secara mudah. Mula-mula ambil PATI bekerja, lepas itu disewakannya gerai, kemudian lama kelamaan dijual terus kepada pihak terbabit.
Sebab itu, saban hari kita lihat, peniaga-peniaga PATI bermaharajalela, mengawal dan monopoli perniagaan, terutama di pasar-pasar besar di Ibu negara.
Utusan Malaysia, semalam (Rabu). menyiarkan laporan mengenai segelintir PATI yang mendaftar dalam Program 6P didapati bekerja sendiri dan sesetengahnya menjadi majikan..
Mengulas laporan tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Md. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan lesen penjaja kepada pemohon yang terdiri daripada PATI untuk berniaga sendiri di bandar raya ini.
Katany, sesetengah pihak mungkin keliru dengan status pemilikan lesen penjaja itu kerana segelintir pemilik premis perniagaan menggunakan khidmat pembantu kedai dalam kalangan PATI.
Kita tidak keliru dan kita terima penjelasa DBKL serta tidak menolak kemungkinan yang berlaku, namun dikhuatiri jika ada rakyat asing 'terselit' sebagai majikan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah menyebut, antara faktor berlaku perkara tersebut kerana penyalahgunaan pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.
No comments:
Post a Comment