JAWATANKUASA disiplin DAP telah menggantung keanggotaan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M. Manoharan selama enam bulan berhubung kenyataannya bahawa Jalur Gemilang perlu ditukar.
Pengerusinya, Tan Kok Wai berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa itu di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur Jumaat.
"Kami memutuskan untuk menggantungnya selama enam bulan kerana kami berpendapat ulasannya amat serius. Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan bahawa dia telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu,” katanya.
.
Manoharan dikecam berhubung entri dalam Facebooknya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang diubahsuai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.
Beberapa pemimpin BN mempersoalkan sikap DAP yang membisu berhubung perkara itu dan mencabar parti itu supaya mengambil tindakan disiplin ke atas Manoharan.
Ketika dihubungi, Manoharan berkata, beliau akan merayu terhadap tindakan itu tetapi enggan mengulas. - Bernama
No comments:
Post a Comment