My Add

Friday 23 September 2011

Blog siar gambar-gambar klip sek





Sekeping gambar yang mengandungi imej yang didakwa seorang pemimpin pembangkang 
berdiri di hadapan katil seperti dalam blog Papagomo, semalam.


SELEPAS Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China Februari lalu, beberapa blog tempatan Khamis, menyiarkan sekeping gambar dipercayai daripada sedutan satu lagi klip video seks dikatakan melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu

Utusan Malaysia melaporkan, bagaimanapun menurut laman- laman blog berkenaan seperti stopthelies.my, alamjiwaparadox.blogspot dan heunspinners.blogstpot, ia dipercayai berlaku di lokasi yang lain.

Blog papagomo.com juga tidak ketinggalan mendedahkan gambar yang sama.
Di dalam gambar bertarikh 13 Januari 2011 itu kelihatan seorang lelaki sedang memakai jubah mandi.

Beliau berada berhampiran dengan katil bersaiz queen yang kelihatan bersepah dan keadaannya tidak ubah seperti di dalam bilik sebuah hotel.

Menurut blog alamjiwaparadox yang diolah daripada blog stopthelies sekiranya Anwar mahu menafikan gambar tersebut, Ketua Pembangkang itu perlu menjawab di mana beliau berada pada 12 hingga 13 Januari 2011 pada jam 8.30 malam (masa dan tarikh mengikut paparan masa pada gambar).

Ekoran daripada paparan gambar itu, kesemua blog tersebut mempersoalkan sama ada video seks yang terbaru itu turut melibatkan Anwar.

‘‘Adakah ini juga video seks yang melibatkan Anwar Ibrahim? Apakah yang terjadi di dalam video itu? Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Anwar dalam video tersebut?

‘‘ Kepada pemilik video tersebut, jangan buat kami menunggu terlalu lama. Kami mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya,’’ kata blog- blog berkenaan.

No comments:

Post a Comment