PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menyindir cara serangan parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap Pas, khususnya Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai terlalau jauh berbeza dan tiada penyelarasa langsung.
Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, UMNO tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula menyifatkan Mat Sabu Khomeini, bezanya banyak. BN.kenalah selaraskan "serangan', sindir Saifudin dalam Twitternya.
Katanya, sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain.
Menurutnya, penyataan Mat Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian.
Sebelum itu, katanya lagi, UMNO menuduh Mat Sabu sebagai komunis dan membuatkan lebih 1,000 laporan polis ke atasnya.
Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya.
Hari ini, ujar Saifudin, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan pendapat MCA yang sangat berbeza dengan UMNO.
Katanya, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika UMNO memutuskan untuk melaksanakan hudud.
Soi Lek menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini Jumaat)
"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," tegas Saifudin.
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.
No comments:
Post a Comment