My Add

Friday 23 September 2011

DAP pilih jalan selamat, Anwar Ibrahim sokong hudud

DAP dilihat memilih jalan selamat serta berada dalam keadaan serba salah bagi meluahkan sebarang kenyataan hasrat sekutu pembangkang Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, beliau kurang faham mengenai hukum tersebut, namun melihat terdapat unsur keadilan dalam undang-undang Islam itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai hasrat Pas yang diutarakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat memandangkan pengetahuannya terhad dalam undang-undang itu.

"Pokoknya, undang-undang itu (hudud) perlu memastikan ia tidak jejaskan orang bukan Islam, termasuk mereka yang tinggal di Kelantan," katanya ketika dihubungi di sini, har


Sementara itu Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibarahim menyatankan sokongannya terhadap hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum itu di negeri tersebut.

Beliau berkata, pelaksanaan hukum tersebut tidak mencabuli hak-hak orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan orang Islam selain jaminan terhadap pentadbiran yang adil.

"Buat masa ini, secara am, pada dasarnya, saya percaya ia boleh dilaksanakan,'' katanya kepada pemberita selepas selesai prosiding perbicaraan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun berkata, ia merupakan pandangan peribadinya memandangkan pakatan pembangkang tidak membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri. - Utusan.

No comments:

Post a Comment