My Add

Monday 2 April 2012

100 daripada 167 projek rumah terbengkalai dipulihkan

Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA, ISNIN, 02 April, 201: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelesaikan kira-kira 100 daripada 167 projek perumahan terbengkalai sejak tahun 2009.

Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Ahmad Kabit berkata, kejayaan dalam tempoh tiga tahun itu melibatkan lebih 21,000 unit rumah di seluruh negara.

''Dalam 167 buah projek terbengkalai itu ada lebih 51,400 unit rumah tetapi kita berjaya selesaikan 100 daripadanya yang melibatkan lebih 21,000 unit rumah,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Setiausaha KPKT di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan tugasnya kepada Ketua Setiausaha KPKT yang baru, Datuk Arpah Abdul Razak dan ia berkuat kuasa mulai esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment